TentanG-Aku!

My photo
Tiada apa yang special dengan aku ini..Terima Kasih sudi datang usha-usha kat sini ok~~thanks So much!!

Jom Chat!

Recent Posts :

Manga Downloader [Software]

Sunday, April 18, 2010


Download Manga Dengan Hanya 1 klik sahaja!!!
 Anda sudah penat men-download manga 1 per-satu? 
sukar mencari "website" untuk men-download manga

Kini Saya Ada Jawapan-nya!!!
Dengan menggunakan Program ini, 
dengan 1 Klik anda dapat men-download 
kesemua Manga kegemaran anda secara "Automatic"

ScreenShot :
[ DomDomSoft Manga Downloader | 5.20MB ]
DOWNLOAD DI SINI

Atau anda boleh DOWNLOAD di laman utama website SOFTWARE ini www.domdomsoft.com

1. Dengan software ni anda semua tidak perlu bersusah payah lagi.
hanya 1 klik anda dapat DOWNLOAD chapter yang anda minat.


2. Hampir semua jenis MANGA dapat anda download pada website seperti www.onemanga.com, www.mangafox.com dan sebagainya..

Contoh Manga yang Nuar Download dalam masa
15 minit secara "Automatic" mengikut kelajuan internet anda.



p/s : memang amat mudah, kepada yang minat MANGA, memang bagus guna SOFTWARE "Manga Downloader", Selamat Mencuba!!

April Fool: Hari Umat Islam Dibunuh

Bulan Mac telah melabuhkan tirainya. Bulan April kini menjelma. Terdapat suatu kebiasaan jahiliyah yang harus kita berwaspada sebagai seorang Muslim iaitu 1 April sebagai hari ‘April Fool’. April Fool adalah hari di mana orang-orang diperbolehkan untuk menipu atau berbohong tetapi orang lain. Tetapi tahukah anda apakah itu  April Fool yang sebenarnya?


Sejarah April Fool

Sebenarnya April Fool adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool  
(yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiapa sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa,jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.

Walaupun ia tidak sehebat  tahun baru atau  Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan.Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil  April Fool tanpa kita sedari. Wallahua’lam

Hack Google Trick...

Tuesday, April 13, 2010

"Hack Google Trick..."

Apa yang Nuar cuba jelas kan disini ialah 
Adakah anda tahu bahawa google mempunyai banyak trick.
Baiklah tanpa melambatkan masa mari kita mulakan, 

Untuk menjayakan trick ini anda hanya
memerlukan talian internet dan juga mempunyai web browser
[Internet Explorer] atau[Mozilla Firefox].

Trick 01
Sekarang sila buka laman web http://www.google.com pada
web browser anda seperti gambar rajah tersebut :


Kemudian sila taipkan perkataan google gothic pada kotak pencarian,
setelah taipkan perkataan tersebut sila klik pada [I’m Feeling Lucky]
seperti gambar rajah di bawah.


Sekarang anda boleh lihat hasilnya seperti gambar rajah dibawah :

p/s : Anda juga boleh menaip perkataan seperti google linux 
atau google easter.Selamat mencuba!!
--------------------------------------------------------------------------------------
Trick 02

Bagaimana ingin membuat "Search Engine" sendiri? seperti ini :

Apa itu [Search Engine]?
[Search Engine] adalah laman web pencarian iaitu seperti
[www.yahoo.com], [www.google.com],[www.Lycos.com], [www.Excite.com],
[www.aol.com] dan banyak lagi.

Sila buka laman web www.funnylogo.info 
 Lihat web browser anda akan memaparkan laman
web tersebut seperti gambar rajah dibawah :

sebagai contoh di dalam tutorial ini kita akan menggunakan
nama [JustNuar] seperti gambar rajah di atas

Akhir sekali, Setelah memberi nama yang anda inginkan sila tekan
[Enter] pada keyboard anda.Akhirnya anda telah berjaya membuat
"Search Engine" anda sendiri dan tukarkan URL Home Page
Web Browser anda ke link "Search Engine"ini ok!

SELAMAT MENCUBA YA!!!

Related Posts with Thumbnails