TentanG-Aku!

My photo
Tiada apa yang special dengan aku ini..Terima Kasih sudi datang usha-usha kat sini ok~~thanks So much!!

Jom Chat!

Recent Posts :

Dunia Akhir Zaman

Wednesday, October 13, 2010


Anda Buatlah Keputusan Selepas Melihat Video ini..
 Dunia Akhir Zaman (Malay Version)
(PART 01)

(PART 02)

P/s : Video ini wajib ditonton kepada semua Umat Islam!! Saya berharap video ini dapat membuka mata anda sekarang.Mari kita renung-renungkan bersama..
 

"Hack-The-Game"

Thursday, September 23, 2010


Hai.Kali ini Nuar ingin tunjukkan sebuah permainan simulasi hacking yang dikenali sebagai "Hack The Game".Didalam permainan ini anda mengambil peranan sebagai seorang hacker yang akan melakukan pelbagai tugasan diberikan.Selama anda menjalan tugas anda, anda boleh menggunakan peralatan yang penuh dengan peralatan (hacking).Jika anda tidak tahu erti Hacking anda boleh rujuk pada pak cik Google kita ya (^.^) http://www.gooogle.com.

Jika anda betul-betul memerlukan platform mudah untuk berlatih Hacking, Maka permainan "Hack The Game" ini mungkin dapat membantu anda."Hack The Game" adalah sebuah permainan percuma yang bersaiz hanya 1MB yang akan memperkenalkan anda kepada dunia hacking nyata.Apa yang menariknya game ini ialah ia mempunyai persekitaran DOS yang akan membuatkan anda merasa seperti anda benar-benar sedang akses ke dalam sistem pertahanan USA.Selain itu, permainan ini turut serta mempunyai efek bunyi termasuklah ketika anda menaip & amaran-amaran semasa anda bermain game ini.

Pada menu utama game ini anda hanya perlu pilih "MissionPack" yang telah disediakan & kemudian isi "Haker ID" anda.Selepas itu tekan butang [Enter] contohnya seperti gambar diatas.

Baiklah sekarang anda sudah masuk ke dalam "Command Prompt" game tersebut untuk memulakan permainan Hacking.Cara bermain amat mudah, setiap kali anda memulakan permainan 1 mesej akan sampai kepada anda didalam peti masuk, didalam mesej tersebut terdapat misi hacking untuk anda laksanakan.Anda harus ikut seperti apa yang diarahkan didalam mesej tersebut.

Jika anda ingin menambahkan kesan efek bunyi tambahan atau ingin menukar bahasa game ini sila pergi pada "Setting" pada barisan hujung kanan anda iaitu dibarisan pertama.Klik pada INFO sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai fungsi disebalik arahan-arahan "Command" didalam perminan ini & sebagainya.

Contoh ScreenShot Permainan "Hack The Game" :

Permainan ini anda boleh muat turun (Download) di sini "HackTheGame".
 
P/s : Belajar Hacking lebih mudah sekiranya ada permainan atau game seperti begini.betul tak?(^.^).


Ditemukan Makluk Aneh Di Bumi

Thursday, August 26, 2010

Saksikan Penemuan Makluk Aneh Di Bumi 



p/s : Sesungguh-nya Ciptaan Allah Itu Sungguh Unik & Istimewa....

Apa itu Multi-level marketing (MLM)?

Wednesday, August 11, 2010

Apa itu Multi-level marketing (MLM)?


Sekarang masih kecoh lagi tentang Multi-level marketing (MLM) & Skim Cepat Kaya.Sekarang Nuar nak kongsikan kepada anda apa sebenarnya (MLM) ini & Keburukannya.Kepada yang baru berjinak dengan dunia Multi-level marketing atau anda terfikir ingin JOIN!

TUNGGU SEBENTAR!!

SILA LIHAT VIDEO DIBAWAH INI TENTANG PENERANGAN APA ITU (MLM) & KEBURUKAN YANG SEBENARNYA...!!!



P/S: Bagi nuar bisnes atau perniagaan sendiri lebih menguntungkan daripada (MLM) ini.Kebanyakan yang nuar join semuanya PENIPU sahaja!!Fikirkan sejenak, jangan main ikut nafsu je JOIN yea..

BlackBerry Diharamkan Di Malaysia?

Blackberry Diharamkan Di Malaysia? Mengapa?...

Telefon mudah alih atau telefon bimbit menjadi alat perhubungan yang terpenting pada masa kini. Ia juga menjadi satu trend bagi masyarakat seluruh dunia. Tidak hairanlah mengapa syarikat-syarikat pengeluar telefon bimbit terbesar dunia seperti Nokia, sony, Apple dan lain-lain syarikat berlumba-lumba mengeluarkan model-model terbaru dengan pengunaan aplikasi yang lebih mantap. Jika kita lihat pada suatu ketika muncul cerita mengatakan isyarat gelombang dari telefon bimbit mampu merosakkan sel otak pengguna. Maka terciptalah alat bebas tangan atau handsfree dan juga bluetooth untuk menangani masalah tersebut.

Tetapi kini muncul pula sebuah lagi gajet yang dikenali sebagai Blackberry, iaitu sebuah lagi model telefon mudah alih dari Kanada.


Lain pula cerita mengenai Blackberry, bukan mengenai mengancam nyawa tetapi ianya dikatakan mengancam keselamatan negara. Setakat ini Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah pun mengharamkan penggunaan dan penjualan Blackberry di negara mereka kerana aspek keselamatan negara mereka dikatakan boleh terancam disebabkan penggunaan Blackberry. Pada ketika ini kerajaan Algeria sedang menimbangkan untuk mengharamkan penggunaan Blackberry di negara mereka.

Kenapa kerajaan negara tersebut mengharamkan pengunaan Blackberry?

  • Semua telefon mudah alih menggunakan local provider tetapi tidak bagi Blackberry yang mempunyai server sendiri di negara ia dicipta. Kanada. Jadi segala bentuk perbualan, teks mesej, e-mel dan lain-lain lagi akan dapat diketahui oleh negara luar. Perkara ini akan mengancam keselamatan negara sekiranya terdapat perbincangan yang berkaitan dengan negara dibincangkan dalam talian telefon menggunakan blackberry.

  • Jika terdapat benda yang tidak elok pada laman web tersebut sehingga menimbulkan keraguan kerajaan mereka akan block tetapi dengan penggunaan BlackBerry mereka tidak dapat berbuat demikian kerana semua data akan di masukkan ke server syarikat BlackBerry sendiri jadi mereka tidak boleh block laman web tersebut.Berbanding telefon bimbit yang lain menggunakan local provider untuk mengakses.

  • Lebih ditakuti oleh mereka ialah komunikasi antara pengebom berani mati , dengan menggunakan telefon bimbit ini mereka tidak boleh mengesan perbualan tersebut.

Itulah sebab utama mengapa sesetengah negara mengharamkan penggunaan Blackberry dan mengatakan ianya mengancam keselamatan negara. Negara kita Malaysia tidak mengharamkan penjualan dan penggunaan Blackberry kerana ia dikatakan tidak mengancam keselamatan negara kita.


P/S: sekiranya Malaysia mengharamkan penggunaan Blackberry apa akan terjadi pada syarikat yang bertanggungjawab membawa Blackberry masuk ke 
Malaysia iaitu CELCOM. Fikirkanlah.

Muat-Turun Movie & Drama Pilihan JustNuar

Tuesday, August 3, 2010

Baiklah, kali ini saya ingin berkongsi bersama anda laman web yang menyediakan perkhidmatan Muat-Turun Movie & Drama.Sumber web yang menjadi pilihan JustNuar ialah seperti berikut.

Jom tambahkan koleksi Movie & Drama di dalam komputer anda sekarang!!

DRAMA ENGLISH
LinkyWorld

Pada laman web LinkyWorld ini boleh dikatan ada macam-macam Drama.Episod terbaru akan dikemas-kini kira-kira 4 - 6 jam selepas tayangan didalam TV.


OneClickSeriez

Di sini lebih kurang seperti web LinkyWorld tadi.Pelbagai Drama diupload.Kemaskini Episod agak lambat jika dibandingkan dengan LinkyWorld.

MOVIE ENGLISH
OneClickMovie

Di sini terdapat pelbagai Movie terbaru.tetapi saya ingin mengingatkan kepada anda.Pada laman web ini terdapat Movie yang di upload tidak sesuai untuk remaja bawah umur 18 tahun kerana sesetengah Movie terdapat unsur ganas & seks.Oleh itu anda harus pandai memilih cerita sebelum memuat turun Movie.


MoviezLink

Laman web ini pula bukan sahaja Movie baru di upload malahan terdapat juga Movie yang lama di upload semula.mungkin diantaranya Movie lama yang anda cari ada disini.


MediaFireMoviez

Sekiranya anda mencari Movie yang bersaiz kecil (Mb) & di upload di MediaFire.Inilah laman web yang sesuai untuk anda.Di dalam ini kebanyakan semua Movie berformat (.Mkv)


MOVIE / DRAMA MELAYU
TeamAryzs

TeamAryzs, bukan nama asing lagi di internet.Seorang Ripper & Uploader Malaysia.Sekiranya anda tercari-cari Movie & Drama melayu, saya sarankan anda cuba di laman web ini.Made in Malaysia.


MOVIE / DRAMA KOREAN, JAPAN, INDIAN, THAILAND, INDONESIA, & LAIN-LAIN
Kraetiv

Kraetiv, seperti yang apa yang saya tahu web ini dimiliki oleh saudara Syahirul atau dulu dikenali sebagai KillVearn.Selain Movie & Drama.Kraetiv juga meng-upload E-book, Software, Music Video & lain-lain.


TeamAMH

AMH bermaksud "Aku Muzik Hampa".Kenapa diberikan nama sedemikian?itu terpaksa la kena tanya kepada tuan punya web tersebut ya (^.^).Di sini bukan setakat Movie & Drama yang anda boleh dapat tetapi Mp3 pun ada.Kepada yang minat tonton BOLA!! perlawanan pasukan yang anda minat pon ada di sini Insyaalah!!Jom Usha-usha dulu ok.


AllYouLike

AllYouLike ialah salah satu tempat yang sering saya lawat.Di web ini terdapat pelbagai maklumat contoh nya seperti Movie & Drama, Ebook, Game, Tutorial, Music, Software, Mobile, Documentaries dan terdapat banyak lagi.Web ini kebanyakannya daripada link download  RAPIDSHARE, HOTFILE, MEGAUPLOAD, MEDIAFIRE & lain-lain.

P/S : Buat masa sekarang, hanya ini saja yang Nuar ingin kongsikan kepada anda semua, sebenarnya terdapat banyak site lain lagi tetapi rasanya cukup la setakat ini.. (^.^)


Kamus Pusat Rujukan MELAYU

Wednesday, July 21, 2010

PUSAT RUJUKAN PERSURATAN MELAYU



Jika anda sering mencari kamus ketika sendang melakukan tugasan di komputer, ini ada peneyelesaian talian terbaik untuk membantu memudahkan tugasan anda dan ia tidak memerlukan pemasangan perisian atau sebarang BAYARAN malahan FREE!!.

Dibangunkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri.Cara termudah menggunakan kamus ini ialah dengan melayari http://prpm.dbp.gov.my dan jadikan ia sebagai Bookmarks pada pelayar atau Browser web anda.Ini akan memudahkan anda mengaksesnya pada bila-bila masa anda berada di talian dan hanya perlu masukkan kata kunci berbanding terpaksa membuka setiap muka surat kamus sehelai demi sehelai.

(Mencari makna perkataan Bahasa Inggeris.)

(Kamus Bahasa Melayu.)

Selain Kamus Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris, anda juga boleh mendapatkan rujukan istilah Malaysia dan istilah Majlis Bahasa Brunei Darussalam - Indonesia - Malaysia [MABBIM] .Di laman web ini turut disediakan Tesaurus yang memaparkan kata terbitan sesebuah perkataan, rujukan tertentu di sebelah artikel, multimedia, peribahasa dan juga khidmat nasihat bahasa.

Hack Windows Xp (SECRET)

Tuesday, July 20, 2010



BELAJAR TIPU HELAH & TRICK WINDOWS XP + 5 BONUS 
EBOOK PERCUMA..TUTORIAL DALAM BAHASA MELAYU SERTA BERGAMBAR.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI DISINI :

atau DEMO E-BOOK tersebut boleh la lihat DISINI..
www.scribd.com/doc/34567415/Hack-Your-Windows-XP-SECRET

Millatfacebook : Facebook Untuk Orang Muslim

Friday, June 4, 2010

Millatfacebook : Facebook Untuk Orang Muslim

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam. Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.

Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.

Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,”
kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.



“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu. Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP

Sila pergi ke laman Millatfacebook untuk berdaftar.

Nota : Dasyat-Sugguh. mari lah beramai-ramai kita cuba JOIN  millatfacebook pula. hehe..



Highspeed wireles/1000 Meter

Monday, May 31, 2010

Highspeed wireles/1000 Meter

Advantages
-If you forgot your wi-fi password, this device able to help you find back your password with Crack.
-If your home is surrounded by wireless Access but with WEP Security Code, So you can't access to it with this device that can Hack in their WEP Security Code. So that you can use it browsing internet for free

Specification
-Standard IEEE 802.11b/g
-Security 64/128bit WEP, WPA, WPA2, 802.1X and 802.11i
-Operating system support window 98SE, ME, 2000, XP , Vista , MAC, Linux
-LED: link/active
-Interface: USB 2.0 mini USB
-Up to 54 Mbps data rate
-Up to 30dBm+- output power
-Soft AP feature supported

PACKAGE INCLUDE :
-6dBi Dipole Antenna 2.4G + FREE 9DBI Antenna
-30dBm=- USB adapter 802.11b/g
-USB 2.0 interface
-1m/3ft USB external cable
-CD-Driver
-B3 Software

 Apakah GSKY?

-Seperti produk GSKY "GS-27USB-50" diatas ini ialah sejenis adapter Wifi luaran untuk menarik signal wireless anda dengan KUAT,Kebiasaan-nya apabila Nuar menggunakan laptop dan menghubungkan ke internet dengan wireless, jarak yang Nuar dpt tarik signal Wi-Fi adalah dalam lingkungan 30-40 Meter sahaja jarak dari modem wireless ke laptop Nuar, tetapi apabila Nuar menggunakan adapter GSKY ini,Ia dapat menarik signal Wi-Fi hingga ke (1000 meter / 1kM) diruangan lapang serta kekuatan "Speed Connection" Signal Wi-Fi Nuar adalah "Strength" atau "Excellent".Bagaimana?Memang hebat bukan..?

-Kelebihan lain Adapter GSKY ini ialah ia mampu "Crack" atau "memecahkan" Password WI-Fi jenis (WEP Secure) orang lain dengan menggunakan Linux "Backtrack",pakej ini sekali telah diberikan serta terdapat manual atau cara penggunaanya untuk memecahkan password Wi-Fi hanya  
(WEP Secure) sahaja.

-Adapter GSKY ini memang amat berguna untuk pengguna yang berhubungkan Internet dengan melalui Wireless.Sekiranya anda mahu memiliki barang ini & ingin merasakan kepuasan melayari internet dengan Pantas,Sila hubungi Nuar melalui YM untuk keterangan lanjut.

[Made In : China]

p/s : Sesiapa berminat ingin membeli produk GSKY ini secara ONLINE & sila hubungi Nuar ok...Pembelian anda akan dihantar melalui (Post Laju)..


Manga Downloader [Software]

Sunday, April 18, 2010


Download Manga Dengan Hanya 1 klik sahaja!!!
 Anda sudah penat men-download manga 1 per-satu? 
sukar mencari "website" untuk men-download manga

Kini Saya Ada Jawapan-nya!!!
Dengan menggunakan Program ini, 
dengan 1 Klik anda dapat men-download 
kesemua Manga kegemaran anda secara "Automatic"

ScreenShot :
[ DomDomSoft Manga Downloader | 5.20MB ]
DOWNLOAD DI SINI

Atau anda boleh DOWNLOAD di laman utama website SOFTWARE ini www.domdomsoft.com

1. Dengan software ni anda semua tidak perlu bersusah payah lagi.
hanya 1 klik anda dapat DOWNLOAD chapter yang anda minat.


2. Hampir semua jenis MANGA dapat anda download pada website seperti www.onemanga.com, www.mangafox.com dan sebagainya..

Contoh Manga yang Nuar Download dalam masa
15 minit secara "Automatic" mengikut kelajuan internet anda.



p/s : memang amat mudah, kepada yang minat MANGA, memang bagus guna SOFTWARE "Manga Downloader", Selamat Mencuba!!

April Fool: Hari Umat Islam Dibunuh

Bulan Mac telah melabuhkan tirainya. Bulan April kini menjelma. Terdapat suatu kebiasaan jahiliyah yang harus kita berwaspada sebagai seorang Muslim iaitu 1 April sebagai hari ‘April Fool’. April Fool adalah hari di mana orang-orang diperbolehkan untuk menipu atau berbohong tetapi orang lain. Tetapi tahukah anda apakah itu  April Fool yang sebenarnya?


Sejarah April Fool

Sebenarnya April Fool adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool  
(yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiapa sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa,jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.

Walaupun ia tidak sehebat  tahun baru atau  Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan.Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil  April Fool tanpa kita sedari. Wallahua’lam

Hack Google Trick...

Tuesday, April 13, 2010

"Hack Google Trick..."

Apa yang Nuar cuba jelas kan disini ialah 
Adakah anda tahu bahawa google mempunyai banyak trick.
Baiklah tanpa melambatkan masa mari kita mulakan, 

Untuk menjayakan trick ini anda hanya
memerlukan talian internet dan juga mempunyai web browser
[Internet Explorer] atau[Mozilla Firefox].

Trick 01
Sekarang sila buka laman web http://www.google.com pada
web browser anda seperti gambar rajah tersebut :


Kemudian sila taipkan perkataan google gothic pada kotak pencarian,
setelah taipkan perkataan tersebut sila klik pada [I’m Feeling Lucky]
seperti gambar rajah di bawah.


Sekarang anda boleh lihat hasilnya seperti gambar rajah dibawah :

p/s : Anda juga boleh menaip perkataan seperti google linux 
atau google easter.Selamat mencuba!!
--------------------------------------------------------------------------------------
Trick 02

Bagaimana ingin membuat "Search Engine" sendiri? seperti ini :

Apa itu [Search Engine]?
[Search Engine] adalah laman web pencarian iaitu seperti
[www.yahoo.com], [www.google.com],[www.Lycos.com], [www.Excite.com],
[www.aol.com] dan banyak lagi.

Sila buka laman web www.funnylogo.info 
 Lihat web browser anda akan memaparkan laman
web tersebut seperti gambar rajah dibawah :

sebagai contoh di dalam tutorial ini kita akan menggunakan
nama [JustNuar] seperti gambar rajah di atas

Akhir sekali, Setelah memberi nama yang anda inginkan sila tekan
[Enter] pada keyboard anda.Akhirnya anda telah berjaya membuat
"Search Engine" anda sendiri dan tukarkan URL Home Page
Web Browser anda ke link "Search Engine"ini ok!

SELAMAT MENCUBA YA!!!

T-Shirt Design Black-Hat

Wednesday, March 31, 2010

Salam buat anda semua...

Nuar baru sahaja siap Design T-shirt untuk suka-suka aje.
Apa pendapat korang? Boleh bagi komen?Ok ke tak untuk dijual
Baju T-Shirt  "Black-Hat" ni?atau tidak Ok?

T-Shirt "Black-Hat" (Black Colour)


[DEPAN]


[BELAKANG]


T-Shirt "Black-Hat" (White Colour)


[DEPAN]


[BELAKANG]


[KIRI & KANAN]

Rasa-rasanya O.k tak?Sila Komen oke~

p/s: kalau ok, Nuar mahu Design Kasi Kemas Lagi Sedikit dan
Mahu Cetak Baju ini untuk Di-jual, Sapa ada cadangan lain beri tahu la yer dan kalau mahu yang Nuar Design ni contact ya~hihihi..

Theme NFSU2 + [game sound]

Tuesday, March 30, 2010

Theme NFSU2 windows xp+[game sound]

Memasang THEME "NFSU2" + [GAME SOUND]
[WINDOWS XP TESTED & WORKING 100%]


1.Kali ini nuar mahu berkongsikan Cara memasang
THEME Windows secara Manual.


2.Hari ini nuar akan pakai THEME
"Need For Speed Underground" +  [GAME SOUND]


3.maksud nya disini theme NFSU2 yang anda pakai nanti akan
lengkap sekali dengan bunyi soundtrack game "NFSU2"

Nak tahu bagaimana theme ini berfungsi??
mari lihat video yang nuar Uploadkan Di Youtube




1. Step pertama apa yang perlu anda lakukan ialah  
DOWNLOAD THEME "NFSU2" DI SINI!
.


Gambar Rajah 1

Gambar Rajah 2

2. Kemudian setelah selesai ANDA Download, Sila "extract" keluar folder theme [NFSU2] 


3. Seperti yang anda lihat di Gambar Rajah 1, COPY Folder "NFS_underground-2" dan juga bersama fail theme disebelahnya "N4SU2" & PASTE kedalam "c:\WINDOWS\Resources\Themes", Seperti di



Gambar Rajah 3

4. Akhir sekali "right click" di desktop anda -> PROPERTIES->THEME
Kemudia pilih THEME "NFSU2" & OK!
[CONTOH MEMASANG THEME SEPERTI GAMBAR RAJAH 3]


5. Sekarang anda sudah siap memasang THEME "NFSU2" secara Manual


p/s : theme ini nuar hanya test di windows xp sahaja,untuk windows 7 & Vista anda cubalah sendiri ok! pada yang berminat aje lah...


Related Posts with Thumbnails