TentanG-Aku!

My photo
Tiada apa yang special dengan aku ini..Terima Kasih sudi datang usha-usha kat sini ok~~thanks So much!!

Jom Chat!

Recent Posts :

BlackBerry Diharamkan Di Malaysia?

Wednesday, August 11, 2010

Blackberry Diharamkan Di Malaysia? Mengapa?...

Telefon mudah alih atau telefon bimbit menjadi alat perhubungan yang terpenting pada masa kini. Ia juga menjadi satu trend bagi masyarakat seluruh dunia. Tidak hairanlah mengapa syarikat-syarikat pengeluar telefon bimbit terbesar dunia seperti Nokia, sony, Apple dan lain-lain syarikat berlumba-lumba mengeluarkan model-model terbaru dengan pengunaan aplikasi yang lebih mantap. Jika kita lihat pada suatu ketika muncul cerita mengatakan isyarat gelombang dari telefon bimbit mampu merosakkan sel otak pengguna. Maka terciptalah alat bebas tangan atau handsfree dan juga bluetooth untuk menangani masalah tersebut.

Tetapi kini muncul pula sebuah lagi gajet yang dikenali sebagai Blackberry, iaitu sebuah lagi model telefon mudah alih dari Kanada.


Lain pula cerita mengenai Blackberry, bukan mengenai mengancam nyawa tetapi ianya dikatakan mengancam keselamatan negara. Setakat ini Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah pun mengharamkan penggunaan dan penjualan Blackberry di negara mereka kerana aspek keselamatan negara mereka dikatakan boleh terancam disebabkan penggunaan Blackberry. Pada ketika ini kerajaan Algeria sedang menimbangkan untuk mengharamkan penggunaan Blackberry di negara mereka.

Kenapa kerajaan negara tersebut mengharamkan pengunaan Blackberry?

  • Semua telefon mudah alih menggunakan local provider tetapi tidak bagi Blackberry yang mempunyai server sendiri di negara ia dicipta. Kanada. Jadi segala bentuk perbualan, teks mesej, e-mel dan lain-lain lagi akan dapat diketahui oleh negara luar. Perkara ini akan mengancam keselamatan negara sekiranya terdapat perbincangan yang berkaitan dengan negara dibincangkan dalam talian telefon menggunakan blackberry.

  • Jika terdapat benda yang tidak elok pada laman web tersebut sehingga menimbulkan keraguan kerajaan mereka akan block tetapi dengan penggunaan BlackBerry mereka tidak dapat berbuat demikian kerana semua data akan di masukkan ke server syarikat BlackBerry sendiri jadi mereka tidak boleh block laman web tersebut.Berbanding telefon bimbit yang lain menggunakan local provider untuk mengakses.

  • Lebih ditakuti oleh mereka ialah komunikasi antara pengebom berani mati , dengan menggunakan telefon bimbit ini mereka tidak boleh mengesan perbualan tersebut.

Itulah sebab utama mengapa sesetengah negara mengharamkan penggunaan Blackberry dan mengatakan ianya mengancam keselamatan negara. Negara kita Malaysia tidak mengharamkan penjualan dan penggunaan Blackberry kerana ia dikatakan tidak mengancam keselamatan negara kita.


P/S: sekiranya Malaysia mengharamkan penggunaan Blackberry apa akan terjadi pada syarikat yang bertanggungjawab membawa Blackberry masuk ke 
Malaysia iaitu CELCOM. Fikirkanlah.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails