TentanG-Aku!

My photo
Tiada apa yang special dengan aku ini..Terima Kasih sudi datang usha-usha kat sini ok~~thanks So much!!

Jom Chat!

Recent Posts :

"Hack-The-Game"

Thursday, September 23, 2010


Hai.Kali ini Nuar ingin tunjukkan sebuah permainan simulasi hacking yang dikenali sebagai "Hack The Game".Didalam permainan ini anda mengambil peranan sebagai seorang hacker yang akan melakukan pelbagai tugasan diberikan.Selama anda menjalan tugas anda, anda boleh menggunakan peralatan yang penuh dengan peralatan (hacking).Jika anda tidak tahu erti Hacking anda boleh rujuk pada pak cik Google kita ya (^.^) http://www.gooogle.com.

Jika anda betul-betul memerlukan platform mudah untuk berlatih Hacking, Maka permainan "Hack The Game" ini mungkin dapat membantu anda."Hack The Game" adalah sebuah permainan percuma yang bersaiz hanya 1MB yang akan memperkenalkan anda kepada dunia hacking nyata.Apa yang menariknya game ini ialah ia mempunyai persekitaran DOS yang akan membuatkan anda merasa seperti anda benar-benar sedang akses ke dalam sistem pertahanan USA.Selain itu, permainan ini turut serta mempunyai efek bunyi termasuklah ketika anda menaip & amaran-amaran semasa anda bermain game ini.

Pada menu utama game ini anda hanya perlu pilih "MissionPack" yang telah disediakan & kemudian isi "Haker ID" anda.Selepas itu tekan butang [Enter] contohnya seperti gambar diatas.

Baiklah sekarang anda sudah masuk ke dalam "Command Prompt" game tersebut untuk memulakan permainan Hacking.Cara bermain amat mudah, setiap kali anda memulakan permainan 1 mesej akan sampai kepada anda didalam peti masuk, didalam mesej tersebut terdapat misi hacking untuk anda laksanakan.Anda harus ikut seperti apa yang diarahkan didalam mesej tersebut.

Jika anda ingin menambahkan kesan efek bunyi tambahan atau ingin menukar bahasa game ini sila pergi pada "Setting" pada barisan hujung kanan anda iaitu dibarisan pertama.Klik pada INFO sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai fungsi disebalik arahan-arahan "Command" didalam perminan ini & sebagainya.

Contoh ScreenShot Permainan "Hack The Game" :

Permainan ini anda boleh muat turun (Download) di sini "HackTheGame".
 
P/s : Belajar Hacking lebih mudah sekiranya ada permainan atau game seperti begini.betul tak?(^.^).


1 comments:

OnlyZul said...

camne nak main..dah 10 kali try tak lepas2..tak tau nak tulis ape?haha

Related Posts with Thumbnails