TentanG-Aku!

My photo
Tiada apa yang special dengan aku ini..Terima Kasih sudi datang usha-usha kat sini ok~~thanks So much!!

Jom Chat!

Recent Posts :

Pendedahan Jenayah Siber Terbesar

Saturday, March 6, 2010



Hari ini Nuar mahu menjelaskan satu perkara @ Info terkini
kepada orang ramai diluar sana...
tentang kesan BAHAYA-nya JENAYAH SIBER pada masa kini.

Pendedahan Jenayah Siber Terbesar 
Pada Tahun (2009)

1) Conficker
 Mula dikesan pada November 2008 namun "Conficker" menjadi
antara ancaman terbesar komputer pengguna Mac pada
April tahun lalu.Cacing ini membenarkan penciptanya
memasang perisian pada mesin yang dijangkiti secara
kawalan jauh.Apa yang boleh dilakukan perisian ini
masih belum diketahui sepenuh-nya.

DEFINISI WORM:
Worm merupakan program yang secara aktif mengirimkan dirinya sendiri dalam sebuah jaringan (termasuk internet) untuk menjangkiti komputer lain. Sama seperti virus, worm juga biasa mengandung muatan tertentu yang biasanya bersifat perosak. Perbezaan antara virus dan worm terletak pada pola penyebarannya. Untuk menyebarkan dirinya, virus memerlukan pengguna untuk penyebaran, sementara worm dapat melakukannya sendiri.

Gambar Rajah 1.0

p/s : Ingin tahu Bagaimana cara membuang Virus ini sila Klik Di-sini 


2) W32.Dozer
W32.Dozer mula tersebar pada 4 Julai 2009 yang menimbulkan serangan
disebut sebagai Denial of Service Attack keatas kerajaan,Institusi
kewangan dan laman media di America Syarikat dan Korea Selatan.
Gambar Rajah 2.0


3) Operasi Phish Phry
Pada Oktober tahun lalu, badan keselamatan FBI melancarkan
Operasi "Phish Phry" untuk menahan pencuri data indentiti talian yang
telah memperdaya ribuan orang untuk menerusi aktiviti Phishing.
Menurut FBI, jumlah penahanan kali ini merupakan jumlah yang
terbesar setakat tahun 2009 yang melibatkan kes jenayah siber.

DEFINISI PHISHING:
Phishing adalah singkatan dari Password Harvesting Fishing, yang Ertinya tindakan memancing untuk mengumpulkan password. Bentuk penipuan, baik untuk mendapatkan informasi sensitif seperti password, nombor kad kredit, dan lain-lain atau mengirim sesuatu kpd orang untuk mendownload file palsu yang berisi virus dengan menyamar sebagai orang atau lembaga bisnes tertentu.Kebiasaanya disebarkan melalui
E-mail,Pautan Link,dan lain-lain


5) Scareware
Scareware merupakan perisian antivirus palsu yang dikesan tersebar
dengan meluasnya sepanjang tahun 2008. Ia memperdayakan orang
ramai supaya memuat turun aplikasi atau program yang lazimnya dilakukan
pada laman web yang tidak diketahui. Penjenayah Siber menakutkan
pengguna dengan memberitahu bahawa komputer mereka konon-nya
dijangkiti virus.Kmudia Perisian percuma ini juga dikatakan dapat mengatasi
masalah tersebut.Malah ada yang minta pengguna & mangsa membayar
perisian atau program berkenaan.

Salah satu-nya Contoh hasil dari Scareware:
p/s: Pernah kah anda melihat nya sebelum ini,Fikir kan kembali..

Gambar Rajah 3.0

Gambar Rajah 4.0

Gambar Rajah 5.0

Gambar Rajah 6.0

p/s: sila google atau "SEARCH" Cara-Cara mengelakkan virus ini datang kembali 
menganggu anda.


5) Albert Gonzales
 Pada Ogos 2009, pihak berkuasa America Syarikat mengeluarkan
kenyataan bertulis beberapa nama yang dikehendaki termasuk
"ALBERT GONZALES" atas kesalahan pencerobohan data
terbesar dalam sejarah.

NOTE: Apa pula yang akan menanti kita pada tahun 2010?
Norton Synmantec turut membuat beberapa andaian ancaman
yang bakal hadapi pada pengguna tahun ini. Amalan
bersedia dan kekal dilindungi menjadi saranan syarikat
Sekuriti untuk menangani masalah serangan siber di masa
yang akan datang!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails